Bila Trafik Cari Masalah
Abg Halim sebenarnya dah malas dan dah segan nak menulis dekat blog ni walaupun ada banyak lagi cerita-cerita yang abg dah tulis. Bukan apa, sebab sejak abg pindah tempat baru, abg rasa dah makin kurang orang nak baca cerita abg macam dulu-dulu, dan abg pun dah tak rasa tulisan abg menyengat macam dulu. Itu yang tahun lepas abg rasa nak bersara dari sini.
Tubuh badan dan jiwa abg pun dah tak rasa macam dulu. Makin lama makin sama jer. Masuk duti, keluar duti. Hidup polis trafik ni nampak indah jer bila dibaca, atau di tonton di social media, tapi sebenarnya, cabaran hidup hari-hari yang lain, sangatlah tak macam apa yang kamu fikir. Dan benda perit, kalau tulis, mana ada orang suka baca, kan? Takde kamu rasa nak ghariah pun kalau tahu penat dia.
Cuma hari tu, abg ada masuk LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) selama dua hari. Orang Bukit Aman turun ke ibu pejabat tempat abg kerja untuk ajar pasal kecerdasan buatan. Biasalah untuk kerja-kerja pentadbiran. Dalam perubahan zaman ni, abg teringin nak cuba buat benda baru - tak nak lah terperap cerita yang abg tulis belakang kertas report jer. Bayangkan dulu, masa mula-mula abg menulis, langsung takde bahan cerita abg polis. Abg nak tulis pun rasa macam boleh ker abg citer pasal polis ni. Sekarang dah berlambak. Tapi, abg risau jugak. Benda-benda baru ni akan menyebabkan apa yang abg tulis sebelum ni menjadi tidak bermakna lagi.
Benda ni hasil usaha abg tulis. Memang susah sebenarnya, cuma dengan bantuan kawan abg yang bijak pandai. Dia yang sudi tolong abg siapkan menggunakan kecerdasan buatan. Abg rasa cerita macam ni menarik jugak, tapi takdelah jadi macam cerita abg yang lama-lama tu, yang kamu suka. Abg rasa, kamu boleh jer jadikan benda ni bahan bacaan sebagai percubaan baru dari abg.
Jadi abg nak pesan awal-awal, JANGAN AMBIL, JANGAN MUAT TURUN, JANGAN KONGSI video yang abg buat ni dan sebarkan. BENDA NI BAHAYA Biarkan video ni ada dalam blog ni sahaja. Kalau kamu suka, tolonglah bagi duit kopi untuk abg. Video ni ditaja oleh kawan abg. Mungkin lain kali dia boleh tolong abg buat lagi.
Untuk percubaan, abg hanya benarkan untuk PRIVATE sahaja. Email abg dekat halimmustapha@gmail.com (hanya gmail account sahaja boleh) untuk tonton. Jadi kalau tersebar, abg tahu mana nak cari kamu.
Mungkin satu hari nanti, sapa yang bagi duit kopi sahaja abg bagi tengok benda ni.
Ulasan